Popular Posts

Friday, December 14, 2007

Nak Buat Sex Sebelum Kahwin? Baca Ni Dulu!

Ini tentang cinta moden. Pasal apa saya kata cinta moden, pasal sex sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa jer pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.

Saya tak nak cerita perkara ni dari sudut agama, kesihatan, atau budaya sebab saya pasti itu semua kita tau dah jawapannya. Apa yang saya nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah.

Okay, untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk sex, bukan semualah..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki/pasangan kepadanya. Sex bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna.

Betul ke?

Bergantung kepada keadaan!! Macamana tu?

Okay, kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi “couple”, atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah “having sex” dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia “dah dapat” anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki “species” berbahaya).

Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu “memberi” kepada lelaki, atau melakukan sex dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali “nilainya” dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?

Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah “memberi” kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah “beri” habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang “sama nilainya” kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku?

Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi “habis manis, sepah dibuang”.

Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN “memberi” atau melakukan sex sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan.

Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan “diberi hadiah” oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.

Lagi satu bila wanita hanya “memberi sex” selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa sex adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.

Saya pasti anda setuju!

Wednesday, December 12, 2007

6 Jenis Wanita Yang Mudah diTipu Lelaki.

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan...” Anda pun percaya terus…

Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.

Kalau ini berlaku… macamana?


2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!


3. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya selera!


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?


5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..


6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Monday, December 3, 2007

Tentang Lelaki Idaman Wanita

Apakah ciri-ciri lelaki idaman wanita? Saya cukup pasti setiap wanita secara individu mesti ada ciri-ciri khusus tentang lelaki idamannya dan ciri-ciri itu pula hampir tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan wanita lain secara keseluruhan.

Okay, ciri yang biasanya bagi wanita tentang lelaki idaman mereka ialah:

Beriman(bagi mereka yang beragama Islam), romantik, pembersih, bijak atau berilmu, mempunyai pendapatan tetap atau stabil, kelakar atau lucu, tak kedekut, “handsome”, sihat, peramah, menghormati orang tua dan keluarga, boleh/mampu memimpin wanita, tak cemburu buta, tak mengongkong, dan banyak lagilah.

Namun, seperti biasalah, bila dah dapat lelaki idaman yang memenuhi ciri-ciri diidamkan dan menjalinkan perhubungan cinta, tiba pada tahap tertentu dalam perhubungan masalah timbul. Di awal perhubungan semuanya indah, semakin hubungan berkembang dan masa berlalu konflik pasti akan wujud. Di sinilah masalah bermula.

Ingat ya, “ Perhubungan yang sebenar hanya bermula selepas berlakunya konflik di antara pasangan”. Konflik “pertama” yang terjadi di dalam perhubungan anda itu, dan juga seterusnya boleh dijadikan ukuran adakah pasangan anda itu adalah lelaki idaman anda.

Macamana tu? Okay, nak tahu adakah lelaki idaman anda tu benar-benar lelaki idaman ialah anda perhatikan semasa dia tengah marah. Marah tu bukanlah marah biasa-biasa saja tapi sesuatu perkara yang memang membuatkan dia marah sehingga nampak macam nak meletup. Pada masa itulah anda boleh lihat cara dia menguruskan emosinya. Pada masa itulah anda dapat lihat adakah dia mampu mengawal dirinya dan cara dia menguruskan keadaan.

Adakah dia terus merajuk? Terus tidak mahu bercakap dengan anda berjam-jam atau berhari-hari lamanya?

Adakah dia memaki hamun anda dan mengeluarkan perkataan kasar yang anda tidak langsung terfikir akan keluar dari mulutnya terhadap anda?

Adakah dia akan terus mengamuk, memaki-hamun, menendang apa yang ada di sekelilingnya, dan tidak cukup dengan itu, mengherdik dan mengugut anda, atau mungkin juga menampar, menumbuk, dan mencederakan fizikal anda? (ramai wanita merasai pengalaman seperti ini bersama “lelaki idaman” mereka).

Atau, dia sedar dia marah, dan cuba sedaya upaya “cool”kan dirinya. Dia dapat mengawal diri dengan baik walaupun anda sedar dia memang tengah “mendidih”. Kemudian dia akan cuba menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Mungkin juga dia minta masa untuk dirinya bersendiri buat seketika sebelum menyambung kembali komunikasi dengan anda untuk menyelesaikan konflik. Walaupun dia ambil masa sikit untuk menangani konflik yang berlaku, namun tindakannya membuatkan anda rasa selamat.

Ya, saya kata “selamat”. Apa yang sebenarnya membuatkan seseorang lelaki itu menarik, ialah dia berkeupayaan untuk membuatkan pasangannya berasa selamat. Bila digabungkan iaitu dia mampu membuatkan anda berasa selamat dan juga istimewa, maka dia bukan sahaja lelaki idaman anda, malah lelaki idaman semua wanita!

Adalah mudah bagi lelaki untuk membuatkan wanita rasa dihargai dan “special”. Tetapi tidak mudah bagi semua lelaki untuk melayan wanita/pasangannya dengan baik, dengan “beradab” bila lelaki tersebut sedang benar-benar marah. Berasa diri dihargai, istimewa, tidak sama langsung dengan berasa diri selamat.

Tindak balas atau respon bila dia marah akan menentukan sebanyak mana anda rasa selamat berada di sampingnya dan tanpa pengetahuan anda tentang perkara ini, anda mungkin tidak akan mampu untuk mempercayainya seperti mana yang dia inginkan.

“Mampu Memimpin Saya”

Ini adalah satu lagi ciri lelaki idaman hampir setiap wanita. Lelaki yang mampu memimpin. Ramai wanita setuju kalau dikatakan suami adalah pemimpin dalam sebuah keluarga. Memimpin pula boleh dikatakan membawa isteri/pasangan ke arah jalan yang benar. Memandu pasangan supaya jadi seorang yang baik, berbudi pekerti, menjaga maruah pasangan/isteri, dan sebagainyalah.

Dari sudut lain, bila wanita menyatakan antara ciri lelaki idamannya ialah lelaki yang boleh memimpin dirinya, secara tidak langsung dia telah meletakkan kebahagiaannya di atas tangan orang lain. Bila dia mendapat pasangan/bf/suami, maka dengan harapan yang tinggi menggunung semoga lelaki idamannya itu akan menjadi penunjuk arah dalam hidup dan pelindung dirinya.

Dalam dunia hari ini, banyak perkara tak diduga berlaku. Setelah menjadi pasangan, wanita didera, dihina, dan “dipimpin ke arah yang benar” oleh pasangannya – dari menutup aurat kepada membuka aurat, dari dilindungi maruah kepada dicabul maruah, dan sebagainya.

Soal pokok dan utama di sini, anda sebagai wanita perlu menjadi pemimpin kepada “diri anda sendiri” sebelum membenarkan pasangan/suami memimpin anda. Menjadi pemimpin kepada diri anda sendiri terlebih dahulu membolehkan anda menjadi seorang wanita yang kuat dan jitu semangat, jiwa dan raga sekaligus membuatkan pasangan anda kagum dan bangga memiliki anda sebagai pasangan.

Pastikan bukan si dia seorang sahaja yang memimpin anda, kerana perhubungan yang sentiasa indah dan cinta sejati adalah berkonsepkan kedua pasangan sentiasa beriringan dalam memimpin di antara satu sama lain.

Friday, September 28, 2007

Kesilapan Wanita Lakukan Yang Menyebabkan Lelaki Meninggalkan Mereka

Apa agaknya sebab lelaki meninggalkan wanita atau pasangan mereka ya?

Sebelum bagi jawapan, saya ingin anda tahu, berkenaan hal ini wujud 2 jenis wanita:

Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.

Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.

Kebanyakan wanita yang gagal dalam perhubungan lebih ramai berada dalam jenis kedua di atas. Ramai yang asyik terfikir dan tercari-cari apakah yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan lelaki meninggalkan mereka.

Dalam hal ini, banyak faktor yang boleh menyebabkan konflik dan kegagalan anda dalam perhubungan dengan lelaki tapi faktor yang paling berbahaya adalah anda TAK SEDAR kesilapan apa yang anda lakukan.

Untuk anda mendapatkan satu perhubungan jangka panjang yang bahagia dan berjaya dengan lelaki, anda MESTI sedar dan faham sepenuhnya apakah perkara-perkara anda lakukan yang boleh menyumbang ke arah gagalnya perhubungan dan mengakibatkan lelaki menarik diri. Ini 3 daripadanya:

Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.

Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.

Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.

Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.
Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.

Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.

Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya.

Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.

Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukan oleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.

Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.

Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.

Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!

Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’

Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri ingin menjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?

Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.

Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.

Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.

Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.

Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.

Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.

Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.

3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.

Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.

Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.

Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.

Adakah anda ingin mengetahui cara “Bagaimana Untuk Membuatkan Lelaki Mencintai Anda… HANYA Anda Sahaja Selamanya?”

Adakah anda ingin mengetahui cara “Bagaimana Untuk Menjadi Wanita Yang Mempunyai “Kuasa” Mempengaruhi Lelaki”.. dan lelaki akan dengan “rela” membenarkan anda mempengaruhinya dalam masa yang sama?

Jika begitu, saya ada berita baik untuk anda. Sekiranya anda masih lagi “single”, ingin mencari pasangan, sedang bercinta, atau ingin menyemarakkan lagi api cinta di dalam perhubungan, atau juga perkahwinan anda, tunggu pelancaran Ebook saya dalam masa yang terdekat ini.

Dalam Ebook ini saya akan terangkan kepada anda apa yang diketahui oleh wanita-wanita yang cemerlang dalam perhubungannya.

Mereka seolah-olah mempunyai karektor-karektor tertentu yang tanpa henti memukau lelaki dalam hidupnya. Saya akan terangkan bagaimana untuk anda mampu berfikir dan bertindak seperti wanita-wanita ini.

Ebook ini ditulis untuk anda lakukan “apa yang boleh dijayakan dan berhasil”. Dengan “meningkatkan diri anda”, anda akan mampu mempengaruhi pasangan atau menarik dan bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hidup anda.

Ini adalah berkenaan perubahan positif yang boleh anda lakukan terhadap diri anda yang akhirnya akan membawa kepada perubahan yang positif juga terhadap perhubungan anda. Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada komunikasi yang lebih baik, keintiman yang bertambah, dan juga kefahaman tentang bagaimana sesuatu masalah itu boleh timbul.

Antara kandungan Ebook saya nanti ialah:

# Bagaimana caranya untuk menggunakan sifat “feminin” anda untuk melemahkan, menembusi sistem pertahanan dalam hatinya dan jadikan dia seorang lelaki yang sensitif dan amat penyayang terhadap anda – seperti yang anda inginkan selama ini.

# Bagaimana untuk mengelakkan luka lama di hati daripada mensabotaj peluang anda untuk mendapatkan dan mempunyai sebuah perhubungan yang berjaya.

# Bagaimana untuk membuat seorang lelaki rasa difahami oleh anda. Kuasai rahsia ini dan anda boleh minta hampir apa sahaja dari pasangan anda – dan dia dengan sukarela memberikannya.

# Bagaimana dengan hanya menjadi diri anda sendiri, anda tetap akan disayangi dan dicintai!

# Kenapa sesetengah wanita tanpa sedar menolak lelaki yang baik atau sentiasa memilih lelaki yang tidak baik – Kenali perbezaan di antara dua perkara yang saya jelaskan supaya anda tidak lagi membenarkan diri anda untuk tersalah pilih lelaki.


Dan banyak lagi…


Nantikan kemunculan Ebook saya!

Thursday, September 20, 2007

Kesilapan BERBAHAYA Hampir Semua Wanita Lakukan Dengan Lelaki…dan Macamana Nak Mengelakkannya.

Dalam banyak-banyak kesilapan wanita lakukan dengan lelaki yang mereka minat, sayang, cinta, kesilapan yang ini boleh dikatakan paling berbahaya.

Boleh saya katakan, kesilapan ini adalah punca kebanyakan masalah lebih besar yang boleh berlaku seterusnya dalam perhubungan mahupun hidup.

Lelaki pun ada buat perkara sama, tapi diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza.

Apa dia kesilapan tu?

“Membenarkan diri anda menjadi SANGAT EMOSI/EMOSIONAL di samping pasangan anda dalam bentuk negatif dan merosakkan diri.”

Letusan emosi ni boleh berlaku tanpa disedari dan sekejap saja pun dah cukup untuk merosakkan segalanya.

Sesuatu masalah yang besar pada anda, amat mengganggu dan tependam, bila dikeluarkan dengan ‘letusan emosi’ sebegini mampu merobohkan perhubungan anda MUNGKIN selamanya!

Apa pulak kaitannya dengan bagaimana lelaki bertindak balas?

Sebenarnya, membuat perkara seperti ini menunjukkan kepada lelaki/pasangan anda bahawa anda mempunyai masalah Emosi Yang Tidak Terkawal. Tidak ada perkara lain yang boleh menakutkan lelaki selain dari mempunyai pasangan yang dilihatnya mempunyai emosi yang negatif.

Saya cerita sikit ya..

Katalah anda ‘dating’ dengan lelaki yang anda minat, anda selesa dengannya, perasaan positif, kepercayaan, idea serta harapan tentang arah tuju dan masa hadapan perhubungan wujud dalam diri.

Perkara macam ni biasa berlaku.

Perasaan positif yang dirasakan ini selalunya amat membantu anda untuk melihat jauh kehadapan melangkaui perasaan TAKUT dan negatif yang wujud dalam diri akibat kenangan buruk perhubungan/cinta yang lalu dengan lelaki.

Perasaan positif ini juga menjadi pendorong untuk anda ‘mencuba’ mempunyai pasangan dan hubungan baru.

Dalam keadaan ini, kemungkinan anda berkata pada diri;
“Kali ni perhubungan aku ni amat berbeza dari dulu”

“dia ni lain la, tak sama macam yang dulu, dia tak mungkin buat perangai macam pasangan yang lepas..”

“aku sekarang ni dah makin matang, takkan benarkan lagi perngalaman buruk lepas berulang, ini masa untuk cinta sebenar..”

Tapi hakikatnya anda tak berubah apa pun. Yang berubah hanyalah masa dan situasi.

Dalam diri anda masih lagi wujud dan bertapak perasaan TAKUT dikecewakan, pengalaman buruk cinta lama berulang dan perkara negatif lain yang dilalui dengan pasangan lepas.

Bila tiba pada tahap tertentu dalam perhubungan anda yang baru ni, pasti akan berlakunya perselisihan faham atau konflik. Pada masa inilah, tanpa disedari, anda rasa ada sesuatu yang tak kena dengan perhubungan ini. Anda rasa seperti keliru. Konflik yang kecil pun boleh jadi besar.

Dalam keadaan ini, segala perasaan negative dan TAKUT kesan pengalaman cinta lalu yang bertapak dalam diri mula muncul semula.

Anda dah mula berfikir;

“Ahh..lelaki semua sama je, pentingkan diri!”

“Lelaki baik memang dah takde dah..”

“Agaknya memang dah takdir aku ke asyik jumpa lelaki yang macam ni..”

“Leceh bercinta-cinta ni, kahwin jer terus, lepas tu cerita lain kalau nak bercinta pun..”

Dan macam-macam lagilah yang anda sendiri pun mungkin tau.

Untuk pengetahuan anda, fikiran yang semacam ini MENGARUT!

Perasaan negatif ini adalah hasil dari KETAKUTAN. Dari perasaan takut inilah timbulnya segala sifat dan fikiran negatif yang menutup sifat positif dan optimis yang wujud dalam diri terhadap perhubungan anda yang membantu mencipta suasana dan perhubungan bahagia.

Bila datang sifat negatif hasil perasaan takut itu, anda tak dapat mengawal emosi anda.

Bila ini berlaku, ia merupakan resepi untuk menjauhkan lelaki yang PALING mujarab sekali!

Lelaki TAKKAN mahu terlibat dalam sesuatu perhubungan dengan wanita yang di awal perhubungan sangat optimis dan boleh mengawal emosi tetapi sebaliknya terjadi bila konflik melanda.

Kita lihat ya, bila wanita nampak/rasa lelaki mula tiada komitmen setelah perhubungan semakin intim, lelaki seolah-olah semakin jauh, wanita mula ‘gelabah’.

Bila lelaki tak jawab panggilan atau kelihatan menarik diri dalam perhubungan, wanita mula berasa bimbang, sedih, kecewa dan mula bertindak mengikut perasaan takut tersebut.

Bila wanita mengesan/merasa lelaki tak berkongsi perasaan yang sama bila berlaku masalah atau lelaki seolah-olah tak berkongsi kesedihannya, perasaan tak selesa timbul dan rasa seolah-olah lelaki tak sayangkan mereka.

Apa yang saya nak sampaikan di sini, kalau anda benarkan diri anda terlalu mengikut emosi, benarkan ketakutan dalam diri menguasai anda dalam situasi atau konflik bersama lelaki/pasangan anda, dalam masa sama bergantung kepada dia untuk menstabilkan/kestabilan perasaan dan emosi anda, anda merosakkan segalanya..JAMIN!

Lebih teruk lagi, anda cuba bercakap dengan pasangan dan meluahkan semua perasaan dan ketakutan anda tentang perhubungan dalam keadaan emosi menguasai diri.

Anda buat macam ni, dah sah menjahanamkan perhubungan anda!

Tapi mungkin anda kata, “Biasa la, wanita memang lembut hati, senang tersentuh dan adakalanya emosi ni mungkin bagus. Perasaan pulak, kan ada masanya kita kena ambil kira contohnya perasaan boleh bagi tau sesuatu kalau ada yang tak kena.”

Lagi satu, “Bukan ke perasaan dan emosi membolehkan kita merasai pengalaman dalam hidup, manis bercinta dan sebagainya dengan lebih dalam dan sepenuh hati?”

Lagi, “Bukan ke kalau kita tak pedulikan atau cuba mengelak dan mengubah perasaan sendiri tu akan mengubah diri kita yang sebenar?”

Ok..saya terangkan..

Emosi ni ada dua. Satu positif yang berdasarkan ‘kegembiraan’ dan ‘negatif’ berdasarkan ketakutan.

Emosi positif membuat anda rasa selesa, lega, gembira dan negatif membuatkan anda rasa tertekan, sedih, kecewa, takut dan sebagainya.

Pernah tak anda rasa kecewa, marah, sedih bila anda hanya nak pasangan mendengar dan bagi perhatian tentang apa yang anda nak cakap tapi dia macam tak sepenuh hati mendengar. Dia nampak seolah-olah ambil ringan, macam nak tak nak jer, lebih teruk lagi dia macam buat bodoh.

Lepas tu anda kecewa dan rasa marah seolah-olah anda diperlakukan macam orang lain, bukan pasangan atau kekasih/isteri.

Kalau pernah lalui..ada sesuatu saya nak ajarkan pada anda..

Emosi ni boleh ‘merebak’, ‘berjangkit’ macam virus.

Dengan kata lain, bila anda beremosi, perasaan tu mudah dipindahkan kepada orang yang anda sedang berkongsi cerita tu. Lagi kuat perasaan dan emosi, lagi banyak ia dipindahkan dan boleh mempengaruhi dan memberi kesan terhadap orang lain walaupun pada masa tu tahap emosi dia ‘membina’, positif dan tahap emosi anda pula negatif dan ‘memusnahkan’.

Bila emosi jadi terlalu tinggi dan kuat, ia akan mengambil alih fikiran dan diri anda. Hasilnya tingkahlaku dan perasaan anda dipengaruhi.

Saya bagi contoh, anda tengok filem sedih, sedih sangat sampai anda pun rasa sedih sama sehingga menitiskan air mata. Emosi sedih pelakon dalam filem tu dapat dirasai anda sebagai penonton dan mempengaruhi perasaan anda. Ini contoh yang mudah saja macamana emosi berjangkit dan boleh dipindahkan.

Dengan lelaki/pasangan pula, bila anda rasa semakin intim, dekat dengan dia, dia pulak kelihatan semakin jauh dan seolah-olah meninggalkan anda, ini membuatkan anda takut, ‘gelabah’ dan bimbang.

Bila ia semakin kuat, emosi tersebut ‘menjadi anda’, dan anda bertindak di luar kawalan hasil dorongan emosi itu secara sedar atau tidak.

Emosi boleh ‘menipu’ dengan cuba menjadikan anda mengawal pasangan supaya anda rasa selesa seperti sediakala.

Seterusnya, dari sepatutnya anda nak berkomunikasi dan bercakap tentang apa yang anda rasa dan apa masalah anda, anda tanpa sedar telah cuba membuatkan pasangan anda MERASA kekecewaan dan kemarahan anda tu.

Pada masa tu anda rasa semuanya telah dikeluarkan, rasa lapang dada dan lega kerana apa yang terbuku di hati dah dihamburkan tetapi ia hanya kelegaan untuk masa pendek dan sekejap sahaja.

Kesan jangka panjang akan menyusul kemudian…

(nantikan sambungan artikel ini..)

Saturday, September 15, 2007

Tentang Cinta Yang Sempurna

Ini bukan tentang tips cinta, madah cinta, puisi cinta yang mendayu-dayu, jauh sekali fantasi tentang cinta. Ini adalah perkara BENAR yang sememangnya dinikmati oleh ramai insan di muka bumi ini, dan khusus saya tujukan untuk anda wanita.

Cinta Yang Sempurna – satu tajuk yang ingin saya utarakan kali ini. Ini mungkin topik kontroversi. Sebabnya? Sebab kalau saya katakan, anda sebagai wanita, mampu untuk mendapatkan sebuah perhubungan cinta yang sempurna, mungkin anda ragu-ragu dengan kenyataan saya.

Ramai yang berkata, tidak ada apa pun yang sempurna di dunia ini. Kita sebagai manusia mempunyai kekurangan. Kita mampu berusaha, Tuhan menentukan segalanya. Itu memang benar! Tuhan menentukan segalanya, tetapi seperti mana kita semua juga telah sedia maklum, Tuhan tidak mengubah nasib kita sehingga kita sendiri mengubahnya!

Bagi sesetengah orang, mencari cinta bukan perkara yang mudah. Mencari cinta sejati lebih sukar. Mencari dan memperolehi Cinta Yang Sempurna jauh sekali. Apatah lagi bagi wanita yang seringkali dikecewakan, putus cinta, dan wanita yang kerap berjumpa dan berpasangan dengan lelaki berbahaya, mempunyai sebuah perhubungan dan keinginan untuk bercinta lagi sudah hampir tidak ada lagi dalam kamus hidupnya.

Untuk pengetahuan anda – anda BOLEH mendapatkan sebuah perhubungan dan cinta sejati yang Sempurna. Ya, anda boleh!

Langkah pertama untuk mencapainya bermula dengan diri ANDA sendiri!

Ramai wanita saya temui, tidak perlu untuk diberitahu supaya berusaha keras ke arah untuk memperolehi cinta yang sejati. Tidak kiralah wanita “single” yang sedang mencari cinta dan pasangan, wanita yang sedang berpasangan, mahu pun wanita yang telah berkahwin. Malah, mereka ini semuanya berusaha keras untuk mendapatkan cinta sejati. Berusaha keras sehingga akhirnya mereka kepenatan!

Masalahnya di sini, bukanlah soal kekurangan usaha; soalnya mereka hanya cuba dan berusaha tentang apa yang mereka tahu, dan tidak tahu APA cara lain untuk dibuat. Lagi kuat mereka berusaha, lagilah akhirnya mereka melukakan diri dan perhubungan mereka sendiri.

Ramai juga dan selalu kita lihat wanita yang bahagia, rasa dirinya cukup sempurna, lengkap dalam hidup dan perkahwinannya tanpa berusaha dengan terlalu kuat dan gigih untuk mencapai keadaan ini. Mereka seolah-olah mempunyai kualiti yang tidak putus dan berterusan yang kadangkala mereka sendiri tidak tahu apakah ia.

Kualiti seperti ini saya gelarkan, “Wanita Yang Sejati”. Macamana rupanya kualiti ini? Bolehlah dikatakan seumpama orang yang menari ‘waltz’. Dilakukan dengan betul, pasangan akan menghasilkan satu tarian yang kelihatan mudah, ‘ada kelas’, dan amat cantik segala pergerakan. Wanita Yang Sejati ini kelihatan cantik dalam segala aspek kehidupannya – cara dia berjalan, bercakap, duduk, mahupun mengikat rambut. Dia tidak mempunyai banyak masalah dalam perhubungannya; sama ada hendak menarik perhubungan yang diinginkan dalam hidupnya atau pun mempunyai perhubungan yang benar-benar terisi yang sedang dinikmatinya sekarang.

Setiap wanita telah dicipta untuk mempunyai aliran “Wanita Yang Sejati” ini. Saya tidak maksudkan dengan cara memakai pakaian tertentu atau bercakap dengan cara yang dibuat-buat. Saya maksudkan tentang keyakinan terhadap diri sendiri dan tentang keunikan kecantikan. Cuba anda fikirkan sejenak, siapakah agaknya yang anda kenali seolah-olah berterusan menikmati dan mempunyai sebuah perhubungan yang bahagia?

Saya sedar ada yang akan mengatakan tidaklah dalam semua keadaan wanita akan berjaya melakukan perkara seperti ini sebagai contoh dalam situasi wanita yang didera dan seumpamanya. Saya setuju, ada masanya walaupun dengan usaha yang terbaik dan bersungguh-sungguh, pasangan seseorang wanita itu tetap berterusan membuatkan usaha itu menjadi perkara yang mustahil untuk berjaya.

Walau bagaimana pun keadaan seperti itu adalah sangat sedikit, apatah lagi bagi wanita yang belajar tentang rahsia bagaimana untuk meletakkan hatinya/perasaannya dahulu, iaitu sumber yang sebenar dan tulen, kekuatan, keyakinan diri, dan “kuasa” wanita tersebut

Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sekiranya saya mengatakan kepada wanita bahawa lelaki tidak sama dengan mereka. Lebih dari itu, perkara penting di sini bukan sahaja lelaki berbeza berbanding wanita tetapi juga kenapa mereka berbeza dan bagaimanakah perbezaan tersebut sebenarnya boleh membuat keuntungan atau memberi kelebihan kepada wanita. Malah jika dilihat, perbezaan tersebut seolah-olah wujud dalam bentuk semulajadi yang membolehkan mereka mempengaruhi lelaki.

Selalu juga wanita bertanya apa yang lelaki inginkan? Saya rasa persoalan yang lebih penting dari itu ialah,”Apakah tindakan atau “skill” yang saya boleh guna berulangkali yang menjamin dia ingin memperuntukkan masanya bersama saya, atau, apakah teknik yang boleh saya buat yang pasti berjaya pada setiap kali ia digunakan?”

Sebelum saya memberitahu apa yang perlu anda buat dalam hal yang melibatkan berkenaan lelaki, perlu bagi saya mengajak anda untuk sekurang-kurangnya berani untuk mengambil risiko. Mengambil risiko untuk keluar dari kebiasaan anda dan berani untuk hidup ke arah apa yang anda impikan. Mungkin cadangan ini agak janggal atau seolah-olah mudah sahaja untuk saya katakan kepada anda tetapi perlu anda fikirkan tentangnya secara serius.

Dalam perhubungan, wanitalah yang selalunya lebih utama ingin meningkatkan, membina, dan seterusnya mahu menjadikan perhubungan lebih rapat. Mereka sentiasa dan berterusan mencari cara-cara baru dan terbaik pada pandangan mereka untuk mencapai matlamat ini walaupun pasangannya tidak terlibat sama dalam usahanya itu.

Anda sebagai wanita sebenarnya adalah pakar dalam perhubungan. Ramai wanita terlibat dalam tindakan yang memusnahkan diri sendiri dengan hanya berharap seseorang lelaki itu kemungkinan besarnya dapat menyelamatkan diri mereka.

Ingat! Anda bertanggungjawab di atas kebahagiaan diri anda sendiri!

Pernahkah anda merenung kembali terhadap perhubungan anda dan mendapati ada sesuatu yang hilang atau masih tidak lengkap? Mungkin juga anda ialah seorang yang masih belum berpasangan tetapi mempunyai kehidupan sosial yang aktif. Anda selalu juga ‘dating’ tetapi tertanya-tanya kenapalah anda masih juga gagal bertemu dengan seseorang yang istimewa? Mungkin juga anda telah berumahtangga, wanita yang telah bertemu dengan pasangan hidup tetapi merasakan seolah-olah dalam perkahwinan anda itu, cinta dan kasih-sayang seolah-olah semakin pudar dan hilang.

Adakah anda ingin mengetahui cara “Bagaimana Untuk Membuatkan Lelaki Mencintai Anda… HANYA Anda Sahaja Selamanya?”

Sekaligus membawa anda ke arah kebenaran akan kewujudan perhubungan Cinta Yang Sempurna?

Ingin tahu?

Jika begitu, saya ada berita baik untuk anda. Sekiranya anda ingin mencari pasangan, atau menyemarakkan lagi api cinta di dalam perhubungan atau perkahwinan anda, tunggu pelancaran Ebook saya dalam masa yang terdekat ini.

Dalam Ebook ini saya akan terangkan kepada anda apa yang diketahui oleh wanita-wanita yang cemerlang dalam perhubungannya.

Mereka seolah-olah mempunyai karektor-karektor tertentu yang tanpa henti memukau lelaki dalam hidupnya. Saya akan terangkan bagaimana untuk anda mampu berfikir dan bertindak seperti wanita-wanita ini.

Ebook ini ditulis untuk anda lakukan “apa yang boleh dijayakan dan berhasil”. Dengan “meningkatkan diri anda”, anda akan mampu mempengaruhi pasangan atau menarik dan bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hidup anda.

Ini adalah berkenaan perubahan positif yang boleh anda lakukan terhadap diri anda yang akhirnya akan membawa kepada perubahan yang positif juga terhadap perhubungan anda. Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada komunikasi yang lebih baik, keintiman yang bertambah, dan juga kefahaman tentang bagaimana sesuatu masalah itu boleh timbul.

Antara kandungan Ebook saya nanti ialah:

# Bagaimana caranya untuk menggunakan sifat “feminin” anda untuk melemahkan, menembusi sistem pertahanan dalam hatinya dan jadikan dia seorang lelaki yang sensitif dan amat penyayang terhadap anda – seperti yang anda inginkan selama ini.

# Bagaimana untuk mengelakkan luka lama di hati daripada mensabotaj peluang anda untuk mendapatkan dan mempunyai sebuah perhubungan yang berjaya.

# Bagaimana untuk membuat seorang lelaki rasa difahami oleh anda. Kuasai rahsia ini dan anda boleh minta hampir apa sahaja dari pasangan anda – dan dia dengan sukarela memberikannya.

# Bagaimana dengan hanya menjadi diri anda sendiri, anda tetap akan disayangi dan dicintai!

# Kenapa sesetengah wanita tanpa sedar menolak lelaki yang baik atau sentiasa memilih lelaki yang tidak baik – Kenali perbezaan di antara dua perkara yang saya jelaskan supaya anda tidak lagi membenarkan diri anda untuk tersalah pilih lelaki.

Dan banyak lagi…


Cukup setakat ini.. anda tahu apa yang anda inginkan!

Saturday, September 8, 2007

Rahsia Cinta Lelaki Ganas.

Inilah dia jenis lelaki kebanyakan wanita telah jatuh cinta, bercinta, berkasih,”dating”, dan juga berkahwin dengannya. Inilah dia jenis lelaki yang paling ditakuti oleh wanita.

Apa yang membolehkan lelaki jenis ini berjaya dalam “karier”nya sebagai lelaki berbahaya, pendera, dan ganas menuntut kita semua khususnya wanita supaya mengkaji dan memahami fenomena asas tentang “penderaan domestik” – bukan sahaja dalam terma perlakuan lelaki jenis ini malah, dan mungkin juga yang lebih penting, dari segi apakah sebagai wanita, sekiranya terlibat, terlepas pandang pada awalnya sehingga menyebabkan mereka berterusan terlibat dan kekal dengan lelaki “species” ini. Sila ambil perhatian wanita semua:

Tanpa mangsa, lelaki berbahaya, pendera, dan ganas ini tidak akan mampu meneruskan “karier” mereka dalam menyebabkan trauma, kecederaan, dan mungkin juga kehilangan nyawa kaum wanita

Terlalu sedikit atau tidak mungkin sesuatu perhubungan itu bermula dengan “penampar” pada pertemuan/”dating” yang pertama. Keganasan dalam sesebuah perhubungan berlaku semasa /bila perhubungan itu mula berkembang. Ia bermula sewaktu wujudnya perlanggaran terhadap batas-batas perlakuan/percakapan yang tidak ditegur, dan dibiarkan berterusan. Sekiranya pada awal lagi lelaki ini dibenarkan untuk bercakap atau mengeluarkan perkataan yang tidak elok, tidak peka terhadap emosi, atau mendera secara fizikal, dan wanita tetap bersamanya, ini bermakna wanita tersebut telah menyampaikan satu mesej terhadap lelaki ini tentang apa yang wanita tersebut mampu bertolak-ansur.

Senyap atau mendiamkan diri bermaksud “penerimaan” bagi lelaki “species” berbahaya ini.

Walaupun wanita menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang apa yang berlaku, tetap bersama/berpasangan merupakan satu penerimaan terhadap perlakuan dan tindakannya, dari kaca matanya. Kebanyakan penderaan yang berlaku menunjukkan lelaki jenis ini berterusan mendera “kerana mereka boleh”. Maksudnya, lelaki “species” ini sentiasa “terlepas” dengan tindakan ganas dan penderaan yang dilakukan kerana pasangannya tidak membuat laporan kepada pihak polis atau pihak yang berkenaan, menarik balik laporan atau menggugurkan dakwaan, tetap bersamanya, atau balik semula menjalinkan perhubungan.

Walaupun pada peringkat awal perhubungan, penderaan yang berlaku hanyalah dengan perkataan atau tidak mengambil peduli tentang keperluan emosi pasangan, akhirnya ia akan berkembang menjadi semakin berbahaya dan menunjukkan ekspresi ‘mengawal’ atau ‘kekuasaan’ melalui sikap yang ganas.

Lelaki berbahaya dan ganas ini mempunyai “masalah” dengan kuasa dan kawalan. Mereka ini sentiasa ingin jadi “yang di atas”, atau yang paling berkuasa. Bila kuasa dan kawalan mereka ke atas seseorang wanita itu dirasakan tercabar oleh sifat individualiti atau keinginan pasangannya, sikap atau perlakuan ganas dan mendera boleh berlaku.

Wanita yang “berdating” atau berpasangan dengan “lelaki species bom jangka” seperti ini mungkin tidak dapat mengetahui punca di sebalik sikap ganasnya. Asyik cuba untuk mencari punca tindakan lelaki seperti ini, cuba untuk memahami kenapalah dia selalu bertindak di luar kawalan berkemungkinan mengundang risiko sehingga ke tahap membahayakan nyawa sendiri.

Walau bagaimanapun, apa yang paling penting di sini, wanita yang terlibat dengan lelaki seperti ini perlu “sibuk mencari sebab kenapa dia perlu bersamanya dan derita?” dari sibuk perlu mengetahui dan mencari sebab tentang punca perlakuan lelaki seperti ini setelah didera bertahun-tahun.

Saturday, September 1, 2007

4 Jenis Wanita Lelaki Elakkan

Mulut “Power Amp”

Sebenarnya dari perspektif lelaki, wanita yang yang kuat bercakap atau ‘talkative’ bukanlah jenis yang leceh, mengganggu, atau pun tidak. Itu bukanlah soalnya. Ada persepsi atau pendapat yang mengatakan dalam sehari, wanita menggunakan beribu lebih banyak perkataan berbanding lelaki. Apa yang ketara ialah ini bergantung kepada topik apa yang sedang diperkata atau dibincangkan.

Kalau subjek tentang sukan, kebanyakan lelaki akan bercakap lebih banyak berbanding wanita. Kalau subjek bertukar pula tentang sesuatu yang feminin seperti berkenaan bayi rakan yang baru dilahirkan, wanitalah yang selalunya akan bercakap lebih tentang subjek itu.

Kebanyakan wanita ‘dituduh’ bercakap banyak, atau kuat bercakap bila dalam keadaan yang sebenarnya, mereka bercakap lebih hanya disebabkan mereka berbincang tentang sesuatu subjek yang mereka suka sangat, bukanlah disebabkan ‘wanita memang bercakap banyak’.

Kebanyakan lelaki pula tidaklah begitu pandai bercakap sesama mereka seperti wanita bila berbual bersama rakan-rakan. Dalam dunia wanita, apa yang selalunya berlaku ialah, seorang bercakap, seorang lagi bercakap, semua boleh bercakap bersama dalam satu masa. “Join” sahaja dalam perbualan bila mood rasa nak “join”.

Dalam dunia lelaki, cara seperti ini dianggap tidak sopan kerana pandangan lelaki tentang perbualan adalah sama seperti ‘berhujah’. Dalam kata lain, bila yang seorang sedang bercakap, itu “turn” dia untuk bercakap dan tidak sepatutnya diganggu atau ‘disampuk’ sehinggalah dia habis bercakap. Mungkin bunyi macam ‘lebih’ jer, tapi yang pastinya lebih kurang macam tu la kebenarannya.

Oleh itu, bila seorang lelaki sedang menjawab soalan yang ditanya oleh seorang wanita, tiba-tiba wanita itu mula menyampuk mengutarakan pandangannya selama 10 minit yang seterusnya, lelaki itu selalunya akan terus diam begitu sahaja.

TIP: Lelaki bukanlah berbeza sangat dengan wanita dalam hal ini.Bercakap banyak dalam perbualan sebenarnya lebih kepada “circle” yang sedang kita bersama. Cuma apabila anda bersama lelaki, cuba jangan mendominasi sesuatu perbualan itu sehingga anda tahu topik itu adalah kesukaannya.


Permaisuri Kerjaya

Dikatakan lelaki ‘berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Ada juga kebenarannya di sini yang menjadikan ia lebih menarik untuk kita perhatikan. Ramai juga wanita profesional, berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya, menyatakan, “Saya ada pendapatan yang kukuh, memiliki rumah sendiri, dan juga hidup yang gembira. Saya tak perlukan lelaki untuk membuatkan saya gembira dan bahagia.” Jawapan saya, “Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki pun ingin bersama dengan wanita seperti ini!.” Kenapa? Sebabnya ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?

Betul, lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya, tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.

TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya melebihi tumpuan terhadapnya.


Pembenci Lelaki.

Wanita jenis ini berbeza berbanding wanita di dalam kategori lain dari satu segi. Kebanyakan lelaki akan memberikan wanita kategori ini lebih peluang dan cuba untuk memenangi hatinya, hanya disebabkan wanita ini dilihat sebagai satu cabaran.

Disebabkan kekuatannya(kemarahan), kebanyakan lelaki tidak mahu sebuah perhubungan yang mempunyai komitmen bersamanya(apatah lagi berkahwin), tetapi mereka begitu teruja dengan sikap wanita ini dan melihatnya sebagai cabaran, berusaha untuk mendapatkannya hanya sebagai “trophy”. Apatah lagi jika sikap dan kehidupan sosial wanita ini sentiasa membuka peluang kepadanya untuk bertemu lelaki jenis “buaya” dan berbahaya.

Wanita seperti ini mempunyai sifat persaingan seperti seorang lelaki dan sensitiviti seorang wanita. Dia mampu berubah dari seorang yang begitu menarik dan memikat kepada seorang yang sebaliknya atau “emotionally distant” dalam sekelip mata.

Dalam kata lain, dia menggunakan kebenciannya terhadap lelaki sebagai perisai untuk mengelakkannya dari terluka….sekali lagi.

TIP: Wanita seperti ini begitu berjaga-jaga supaya dirinya tidak terluka lagi. Di dalam perhubungan, bila dia menyerahkan hatinya kepada lelaki, mereka selalunya membenarkan perhubungan tersebut bergerak dengan terlalu pantas, dan akhirnya akan memeranjatkan, melemaskan, dan juga manakutkan kebanyakan lelaki.

Perkara yang paling penting wanita ini perlu pelajari ialah bagaimana untuk secara p-e-r-l-a-h-a-n membenarkan lelaki mencuri hatinya.


Gadis Kecil Yang Terdesak

Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri hampir semua lelaki. Wanita jenis ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Apa yang menakutkan lelaki tentang wanita jenis ini ialah lelaki selalunya tidak dapat mengenal pasti sikapnya sehinggalah berada bersama di dalam sebuah perhubungan.

Pada mulanya, wanita ini kelihatan amat berdikari dan yakin pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, bila dia berada dalam sesuatu perhubungan dan berasa selamat, sifat ‘keinginannya yang mendesak’ mula dimanifestasikan.

TIP: Ironiknya, wanita seperti ini kadangkala sebenarnya melakukan sesuatu yang baik dalam membolehkan lelaki melihat sesetengah sifatnya dengan cepat pada awal perhubungan, yang mana itu adalah juga merupakan ciri keterbukaan yang lelaki inginkan. Namun demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.

Wednesday, August 22, 2007

10 Kebenaran Tentang Lelaki.

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

Wednesday, June 20, 2007

Kesan Pengaruh Keluarga Dalam Corak Anda Memilih Pasangan

Secara langsung atau tidak, proses membuat keputusan dalam hidup kita pada masa akan datang, tingkahlaku dan juga kelakuan kita telah dilatih dalam keluarga yang kita dibesarkan. Wanita yang selalunya mempunyai pola/corak untuk memilih lelaki berbahaya sebagai pasangan dibesarkan dalam rumah/keluarga yang mana ibunya telah memilih lelaki berbahaya sebagai suami atau abang/pakcik/datuk/orang terdekat dengannya adalah lelaki yang berbahaya.

Tolak-ansur dalam keluarga terhadap tingkahlaku lelaki seperti ini secara perlahan-lahan menyebabkan anak perempuan dalam keluarga tersebut menyesuaikan dirinya dengan kelakuan yang tidak normal ini.

Gadis yang muda dan masih kecil ini dibesarkan dalam suasana yang mana kelakuan seperti ini diberi nama baru, diberi bentuk baru, dan label baru akibat penyesuaian yang dibuat oleh keluarga tersebut. Keadaan ini menjadi batu asas baginya bila tiba proses membuat keputusan dalam hidup setelah dia dewasa.

Kebanyakan wanita yang cenderung untuk terus memilih perhubungan yang berbahaya dan merosakkan adalah wanita yang dibesarkan dalam suasana tidak selamat dan menyaksikan wanita dewasa memberi laluan terhadap tingkahlaku seperti ini dan tetap kekal berada dalam situasi itu. Banyak faktor KENAPA seseorang wanita itu tetap berada dalam situasi ini – masalah kewangan, pandangan masyarakat, ketakutan, dan sebagainyalah. Soalannya di sini bukan KENAPA tetapi APAkah kesan ke atas anak gadisnya dan bagaimana kesan itu akan diterjemahkan dalam kehidupan dewasanya kelak.

Keluarga yang mempunyai individu yang mengalami masalah ketagihan (alkohol, dadah, dsb) yang teruk dan tidak mendapatkan rawatan adalah jenis keluarga yang berkemampuan menghasilkan sama ada anak perempuan yang cenderung kepada ketagihan juga atau anak perempuan yang bakal menjadikan lelaki yang ketagihan sebagai pasangannya.

Keluarga yang mempunyai individu yang mengalami masalah tekanan mental dan tidak mendapatkan rawatan mampu menghasilkan anak perempuan yang akan memilih pasangan yang mempunyai penyakit yang sama bila dewasa tanpa disedari olehnya.

Wanita yang dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai masalah seperti “schizophrenics” atau “bi-polar” pula selalunya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan tingkahlaku normal yang sepatutnya ada pada diri orang dewasa. Oleh itu, mengikut apa yang normal pada pandangan mereka, gadis ini akan menjadikan lelaki yang bermasalah sebagai ikutan kerana bersama lelaki seperti inilah dia dibesarkan.

Adalah satu perkara yang mustahil untuk kita memilih dalam keluarga mana kita ingin dilahirkan. Namun sebagai orang dewasa yang hidup hasil dari didikan dan suasana dalam keluarga kita, sebolehnya kemampuan untuk bersikap proaktif dalam mengenal pasti sekiranya kita mempunyai masalah emosi dan cara untuk menanganinya perlu ada.

Wanita yang mempunyai sejarah berkaitan perhubungan buruk yang kronik selalunya adalah mereka yang tidak dapat mengenal pasti kaitan di antara didikan yang diterima semasa kanak-kanak dengan cara mereka memilih lelaki pilihan mereka bila dewasa. Tanpa mengetahui perkara penting seperti ini, mereka selalunya akan berterusan dan sentiasa memilih jenis lelaki yang sama sahaja dan mereka tertanya-tanya apakah maksud tarikan itu dan kenapa selalunya mereka lebih tertarik dan bersama lelaki yang tidak baik dan bermasalah.

Pengaruh di zaman kanak-kanak kerap mempengaruhi corak wanita dalam memilih – lelaki yang telah berkahwin, lelaki yang mempunyai masalah ketagihan(alkohol, dadah, dsb), lelaki yang mempunyai masalah tekanan atau penyakit mental, lelaki yang mempunyai masalah emosi dan berbagai lagi jenis lelaki yang berbahaya. Pilihan terhadap lelaki seperti ini tidak berlaku begitu sahaja tanpa wujudnya sebab dalam hidup seorang wanita itu. Terdapat sesuatu dalam diri mereka yang tumbuh dan berakar umbi mengakibatkan mereka cenderung ke arah memilih lelaki seperti ini. Pola seperti ini terbentuk semasa dia masih kanak-kanak lagi dan bila dia dewasa dan mengikut pola seperti ini dalam hidupnya maka kaunseling diperlukan untuk membantu mereka melihat, memahami sekaligus membolehkan mereka keluar dari keadaan itu.

Corak pilihan wanita seperti ini juga boleh memberi kesan kepada anaknya kelak. Ramai wanita terutamanya di negara barat yang rasa bersalah dan tidak sanggup melihat anak mereka menjadi mangsa akibat tindakan mereka sendiri membuat pilihan yang salah pergi mendapatkan bantuan pakar. Kesedaran untuk mendapatkan bantuan pakar seperti ini masih lagi kurang di kalangan masyarakat kita di Malaysia.

Kanak-kanak yang telah melihat dan menyaksikan tindakan kasar atau ganas, dipukul atau didera oleh ayah/teman lelaki mereka adalah generasi seterusnya yang berpotensi sebagai mangsa atau mungkin juga menjadi pendera atau keduanya sekali bila meningkat dewasa.

Wanita yang sewaktu kanak-kanaknya dipukul atau didera lebih berkemungkinan untuk memilih teman lelaki/pasangan yang bersifat mendera(terhadap fizikal mahupun emosional) berbanding wanita yang tidak mengalami pengalaman sedemikian semasa kecil. Wanita yang sering didera ini sentiasa keliru dengan corak kehidupan mereka yang seperti ini. Mereka cukup PASTI bahawa mereka tidak mahu langsung berada dalam situasi yang sama seperti zaman kanak-kanak dahulu. Namun demikian, isu-isu dalam hati dan dirinya tentang pengalaman/trauma lalu yang masih belum sembuh itulah yang menarik mereka ke arah terjadinya corak pilihan yang mereka buat dalam berpasangan.

Dalam banyak hal, wanita selalunya cuba untuk menyembuhkan luka masa lalunya dengan memilih seseorang yang dirasakan mampu membawanya kembali ke saat isu yang belum sembuh itu berlaku. Ini dirasakan sebagai satu pemangkin oleh wanita tersebut untuk membolehkan dia menyembuhkan segala isu yang belum selesai dalam dirinya.

Kitaran corak dalam membuat pilihan yang merosakkan ini boleh terjadi daripada cara dan suasana kita dibesarkan. Namun, bila kita mula sedar, mula mengetahui masalah ini dan mula mengenal pasti keadaan kesihatan emosi diri sendiri, kefahaman tersebut akan membolehkan kita mengubah corak pilihan kepada pasangan yang sihat dan baik pada masa hadapan.

Apa saja pengalaman yang telah anda lalui dalam hidup yang lalu, anda berhak mendapatkan masa untuk membenarkan diri anda sembuh supaya anda dapat menikmati perhubungan yang lebih sihat dan bahagia di masa akan datang. Anda ubah pilihan anda, anda mengubah hidup anda!

Thursday, May 3, 2007

Lelaki BERBAHAYA! – Adakah Anda Terlibat Dengan Mereka?

Ingin mencari pasangan hidup dan cinta sejati adalah lumrah kita sebagai manusia. Sebagai wanita pula, kerisauan takut tersilap pilih pasangan adalah lebih dari lelaki.

Ini kerana sekiranya wanita tersilap pilih lelaki, maka kesan buruk yang bakal dilalui dalam hidup memberi kesan dan trauma yang mendalam terhadap emosi dan kehidupan mereka seterusnya.

Walaupun semua wanita tahu wujudnya lelaki yang ‘berbahaya’ namun masih ramai wanita tanpa sedar atau tidak terlibat bertemu dan berpasangan dengan mereka.

Kenapa masih ramai juga wanita terlibat memilih lelaki berbahaya?

Adakah mereka sengaja melibatkan diri dengan mereka? Tak mungkin!

Adakah mereka dikaburi dengan perasaan kesunyian dalam hidup dan amat memerlukan cinta dan kasih-sayang sehingga membuat pilihan yang salah?

Adakah mereka mempunyai tabiat atau sikap yang tak disedari dari dulu lagi yang menyebabkan mereka sentiasa memilih dan terlibat dengan lelaki berbahaya?

Adakah cara mereka dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda dan kurang perhatian menyebabkan mereka cenderung ke arah memilih lelaki seperti ini tanpa mereka sedar?

Atau adakah dengan mudah kita nak menyatakan itu adalah takdir yang Maha Esa?

Saya tertarik untuk menulis artikel berkaitan dengan lelaki berbahaya ni sebab pada pandangan saya, (anda pun mungkin setuju..) semakin hari semakin ramai wanita yang terlibat berpasangan dengan lelaki yang berbahaya. Tak kiralah sama ada sebagai teman lelaki mahu pun wanita yang telah berumahtangga.

Satu perkara yang memang pasti, wanita Tak Sedar dan Tak Tahu pun pada awal perkenalan atau perhubungan bahawa lelaki yang menjadi pasangannya itu berbahaya.

Macamana nak tahu seseorang lelaki itu berbahaya atau tidak? Ada ramai lagi ke lelaki yang betul-betul baik dan “sihat” dalam dunia ni?

Ada, kalau anda sendiri “sihat” dari segi emosi dan mempunyai pengetahuan yang berkaitan.

Ini membolehkan anda sekiranya berjumpa dengan lelaki jenis ini dan mengenalinya, anda mampu menghadapi dan seterusnya menjauhkan dia dari hidup anda. Hasilnya, anda boleh menumpukan masa, tenaga dan emosi untuk memfokuskan kepada lelaki yang baik dan sihat emosinya.

Adakah anda memahami peranan dan keadaan diri anda seterusnya menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengubah keadaan supaya hidup anda berubah dan lebih selamat?

Artikel kali ini, saya terangkan dengan ringkas siapa dia yang dikatakan lelaki berbahaya supaya sekurang-kurangnya dapat membantu anda melihat dengan lebih luas lagi konsep tersebut.

Siapa lelaki yang berbahaya?

Lelaki yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya kepada anda wanita ialah:

“Lelaki yang merosakkan/mengganggu/menyakitkan dan mendera pasangannya secara percakapan, emosi, fizikal, seksual, spiritual, undang-undang dan juga kewangan.”

Secara Percakapan termasuk mengugut anda, memaki-hamun, meninggikan suara seperti selalu menengking dan menghina maruah anda dengan perkataan.

Penderaan emosi pula termasuk mengawal dan mendominasi dengan tidak membenarkan atau memberi anda peluang untuk membuat pilihan. Contohnya, anda nak berpakaian pun nak kena ikut sedap mata dia saja malah cara anda berpakaian perlahan-lahan ditentukan olehnya.

Dia kerap mengkritik anda yang akhirnya membuatkan anda berasa terlalu rendah diri. Cemburu buta yang melampau sampai anda nak berkawan pun tak boleh. Segala yang anda buat mesti bagi tau dia dan mendapat izin darinya. Pendek kata putih kata dia maka putih la anda ikut.

Memalukan anda dan merendahkan anda di hadapan orang lain juga antara bentuk deraan emosi. Kadang-kala memandang anda macam “nak makan” supaya anda sentiasa patuh dan takut padanya.

Secara Seksual boleh dikatakan seperti memaksa pasangan/isteri melakukan hubungan seks di luar tabii, memaksa menonton filem lucah, dan memaksa pasangan/isteri melakukan seks di luar kehendak isteri sebagai contoh memaksa isteri melakukan seks sewaktu isteri dalam haid sedangkan isteri menolak.

Secara Kewangan pula faham-faham je la ya. Memang ada wanita malah ramai wanita yang membantu pasangannya dalam bentuk kewangan. Yelah, bukan apa, sesekali ‘top-up’kan ‘handphone’ contohnya, lagi pun bukannya orang lain..’boyfriend sendiri jugak.

Bagi wanita yang dah berumahtangga, membantu suami dalam bentuk kewangan sekiranya mampu dapat juga meringankan bebanan kewangan suami dan keluarga. Apatah lagi sekiranya suami mengalami masalah kewangan.

Sesekali itu biasa. Luar biasa jika sanggup berhabis untuk pasangan sampai hidup sendiri nak makan pun takde sedangkan lelaki itu terus-menerus “menyedut” anda sampai tinggal rangka!

Bagi wanita yang dah berkahwin pula, suami menghabiskan wang ringgit isteri sehingga tahap duit isteri duit dia, duit dia duit dia sedangkan dalam masa yang sama suami mampu berhibur dan berfoya-foya tanpa menghulur sesen pun nafkah untuk isterinya.

Antara tujuan lelaki seperti ini ialah supaya anda menjadi papa dan bergantung hanya kepada dia. Secara tak langsung anda dapat dikawal supaya tidak meninggalkannya kerana sumber kewangan anda hanya kepada dia. Situasi ini banyak terjadi kepada wanita yang telah berkahwin dan hanya sedar selepas keadaan menjadi parah.

Penderaan Fizikal seperti yang anda sedia maklum adalah tindakan ganas seperti memukul, menampar, menumbuk, menolak, menggunakan senjata, kunci anda dalam bilik, menarik rambut dan sebagainya yang berbentuk fizikal.

Secara Spiritual pula selalu menyatakan kepada isterinya bahawa isteri akan jadi derhaka sekiranya menentang atau melawan suami. Kebanyakan lelaki seperti ini menggunakan ayat ini untuk menakutkan dan melemahkan wanita. Dalam masa yang sama dia melayan isterinya dengan buruk dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Suka juga saya tambah di sini, bagi yang sedang ‘bercouple’ tu, sekiranya ‘boyfriend’ anda merajuk atau marah kerana anda tolak kehendaknya, seperti mencium anda atau lebih jauh lagi melakukan hubungan sex sebelum kahwin, ini bermakna dia tidak menghormati anda sebagai wanita dan mempermainkan hak anda untuk mempertahankan kesucian diri seperti yang dituntut oleh agama.

Secara undang-undang pula berlaku sekiranya telah bercerai, lelaki tidak memberi nafkah kepada anak yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah. Atau sengaja tidak hadir ke mahkamah dengan sengaja untuk melambat-lambatkan proses mahkamah dengan niat supaya isteri terpaksa menunggu lama untuk mendapat pembelaan dan sebagainya.


Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang berbahaya untuk anda ‘dating’ atau berpasangan dengannya sekiranya dia:

• Mahukan anda berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.

• Tidak menghormati masa anda untuk bersendirian/‘privacy’. Apa anda nak buat semua dia nak tau. Kalau petang anda telefon dia, kena ‘hantar report’ apa yang anda buat sebelum tu dan apa yang anda nak buat selepas itu. Senang cakap apa saja anda buat dan nak buat dia nak tahu.

• Suruh anda buat perkara yang anda tak selesa buat seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu dua kenal.

• Mendesak ingin selalu berjumpa anda. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Anda kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Anda tetap kata tak boleh dia mendesak juga.

• Ada reputasi menipu.

• Kaki judi, peminum arak.

• Menggunakan dadah atau pil-pil khayal.

• Pernah gagal dalam banyak perhubungan cinta yang lepas dalam sejarah hidupnya. Berapa kali nak kata banyak ya? Kalau umur baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu banyak tu… Cinta monyet tak kira!

• Tidak memuji malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan anda dapat rasa dan tau kedua ibu bapanya bukanlah orang yang jahat. Walau pun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih-lebih lagi pada peringkat baru anda kenali dia menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.

• Mempunyai sejarah telah didiagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau “mental illness”

• Tidak berkerja,(Sebab pemalas) Ada sahaja alasan sedangkan anda lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.

• SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain sebab kehilangan kerjanya itu.

• Ingin mengawal fesyen rambut anda, pakaian anda, sikap dan cara anda, rakan-rakan atau dengan siapa anda berkawan dan kerja anda pun dia nak kawal juga.

• Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yang anda hanya tau kemudian. Sebagai contoh, dia kata dia bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang..tapi kenapa tak cakap awal-awal dia pernah kahwin.

• Merasakan dirinya saja yang istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.

• Percaya undang-undang untuk orang lain, dia tak tertakluk pada undang-undang dan boleh buat apa yang dia suka.

• Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yang ‘handsome’, cute, ‘smart’, peramah dan boleh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, anda perlu berhati-hati.



Perbezaan di antara wanita yang bersama/berpasangan hanya sekali sahaja dengan lelaki berbahaya berbanding wanita yang kerap berjumpa/berpasangan/ dengan lelaki seperti ini ialah wanita yang pertama itu ‘terbuka’ untuk belajar dan kenal dengan cepat kesilapannya.

Wanita kedua pula tak mahu belajar, banyak memberi alasan atau gagal ‘membuka’ minda untuk mendapat pengajaran.

Hasilnya wanita yang pertama akan lebih kuat, berkeyakinan, berfikiran positif dan akhirnya mampu bertemu cinta sejati dengan lelaki yang ‘sihat dan selamat’.

Wanita kedua pula, akan terus derita..itu saja!

Anda dalam golongan yang mana?

Sunday, April 15, 2007

Rahsia Cinta Sejati dan Rahsia Cinta ‘Bertoksik’.

1. Cinta Sejati- Berkompromi, berbincang dan saling bertukar tempat sebagai ketua dalam perbincangan. Bersama-sama menyelesaikan masalah pasangan dan perhubungan.

Cinta Bertoksik- Cuba menguasai dan mengawal: menuduh; memanipulasi secara pasif dan agresif terhadap pasangan.

2. Cinta Sejati- Mempunyai keinginan secara individu selain bersama pasangan. Contohnya mempunyai rakan-rakan; menjaga perhubungan yang bermakna dengan pihak lain seperti keluarga anda dan keluarga pasangan, saudara-mara dan sebagainya.

Cinta Bertoksik- Penglibatan secara total dalam perhubungan; mempunyai percampuran yang amat sedikit dengan orang lain; tidak mengendahkan rakan-rakan lama dan sahabat baik malah keluarga sendiri

3. Cinta Sejati- Menggalakkan perkembangan pasangan dari segi pertambahan ilmu, kematangan, mentaliti dan sikap positif.

Cinta Toksik- Mengongkong sikap dan tindak-tanduk pasangan; takut pasangan berubah.

4. Cinta Sejati- Kepercayaan yang kukuh dan bersesuaian terhadap pasangan.

Cinta Toksik- Cemburu buta; menguasai dan mengongkong hidup pasangan kerana takut sangat pasangan berubah hati.

5. Cinta Sejati- Menerima kekurangan pasangan; menghormati pasangan sebagai seorang individu yang mempunyai kelemahan sebagai manusia biasa.

Cinta Toksik- Cuba mengubah pasangan ke arah acuan dan imejnya sendiri.

6. Cinta Sejati- Bila pasangan tidak ada bersama, mampu menjaga dan mengawal diri serta boleh melakukan aktiviti harian dengan normal; hidup tetap ceria.

Cinta Toksik- Tak boleh berenggang; gelisah bila keseorangan tanpa berjumpa atau pasangan di sisi walaupun untuk masa yang singkat.

7 Cinta Sejati- Perhubungan berdasarkan kehidupan sebenar dan sentiasa berpijak pada realiti dan bumi nyata.

Cinta Toksik- Perhubungan berdasarkan fantasi dan mengelak dari realiti.

8. Cinta Sejati- Kedua-dua pasangan faham akan tanggungjawab menjaga diri sendiri dan hubungan secara bersama; tahap emosi individu tidak bergantung pada ‘mood’ pasangannya. Sebagai contoh, bila yang seorang sedang marah, seorang lagi mampu mengawal emosi dan keadaan dengan baik.

Cinta Toksik- Mengharapkan pasangan secara total menjaga perasaan dan dirinya. Harapan pasangan akan menyelamatkannya dalam apa jua keadaan tanpa mengambil inisiatif sendiri.

9. Cinta Sejati- Sikap sentiasa untuk membangun dan memajukan diri sendiri amat diberi perhatian. Bila ini berlaku, perhubungan akan secara langsung maju dan bahagia.

Cinta Toksik- Terlalu ‘obses’ dengan perhubungan/percintaan sehingga tidak mengendahkan kemajuan dan pembangunan diri. Akhirnya hubungan akan turut hancur.

10. Cinta Sejati- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang selesa dan perasaan dilindungi.

Cinta Toksik- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang derita, perasaan takut dan curiga.


ronin

Monday, March 19, 2007

Peringkat Perhubungan ke Arah Cinta Sejati

Dalam usaha untuk ‘mencipta’ sebuah perhubungan cinta yang indah, intim, sihat dan bahagia selamanya, setiap pasangan secara sedar atau tidak pasti melalui beberapa peringkat sebelum mencapai Cinta Sejati.

1) Cinta Yang Romantik

Cinta pada tahap ini segalanya indah, segalanya mungkin sampai ‘Lautan api sanggup ku renangi’. Kekasih berada di ingatan hampir setiap masa. Bila berjauhan teramat rindu, bila bertemu macam tak nak balik la pulak rasa! Keinginan dan kehendak pasangan akan cuba dipenuhi dan dituruti seboleh mungkin.

Ramai pasangan yang berfikir bahawa perasaan cinta yang indah dan romantik amat ini akan berterusan selamanya. Ya lah, janji diucap sehidup semati, ‘dunia bagai kita yang punya’ gitu!

Cinta pada peringkat ini biasanya amat dipengaruhi, menuruti perasaan dan kurang sekali menggunakan akal yang waras.

Peringkat ini biasanya bertahan dari empat bulan(ada yang kurang dari tempoh ini) ke tiga tahun(biasanya dua tahun lebih). Ini adalah peringkat yang paling pendek/singkat masanya berbanding dengan peringkat yang seterusnya.

2) Penyesuaian Kepada Realiti

Okay.. realiti. Dunia yang nyata. Bila realiti muncul, peringkat romantik dan penuh fantasi tadi tu dah mula ‘pecah’. Peringkat ini muncul mungkin secara tiba-tiba atau perlahan tanpa disedari. Mana satu pun cara peringkat ni muncul/tiba, yang pasti ia disebabkan berlakunya konflik dalam perhubungan. Tak kiralah konflik kecil atau besar.

Pencetus konflik boleh berlaku dalam berbagai bentuk dan cara dalam berbagai keadaan dan masa.

Bagi yang nak bertunang atau nak kahwin mungkin jangkamasa pertunangan menjadi isu,atau jumlah duit hantaran,besar kecil majlis perkahwinan yang nak dibuat dan sebagainya. Bagi yang sedang bercinta mungkin cemburu tak tentu pasal, dan bagi yang telah berkahwin pulak macam-macamlah perkara yang boleh jadi pencetus konflik.

Apa saja sebabnya, lepas saja berlakunya konflik, peringkat pertama perhubungan tadi tu akan terganggu.

Perbezaan atau kekurangan dari segi apa pun pada diri pasangan yang tak nampak/tak tau akan mula terlihat. Perasaan tak selesa, tak puas hati, kecik hati, terluka, konflik sudah mula mengambil tempat dalam perhubungan. Ada yang mula rasa ini bukanlah seperti perhubungan yang diimpikan.

Pada peringkat ini adalah biasa terutama bagi wanita akan mula rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang indah. Keinginan nak intim dan erat seperti sediakala mencengkam dan masih wujud namun perasaan menjadi keliru. Kenapa? Sebab perasaan takut sudah mula bertapak. Takut kehilangan, takut kecewa, takut ditipu dan dipermainkan. Bagi yang pernah gagal bercinta, pengalaman lalu mula menghantui diri.

Pasangan secara tiba-tiba terpaksa berurusan dengan perbezaan yang nyata di antara dua pihak, cara menguruskan emosi diri, emosi pasangan dan juga macamana menguruskan perhubungan.

Pendek katalah ya, boleh dikatakan peringkat ini adalah peringkat yang SEBENAR dalam bermulanya sesebuah perhubungan yang “real” ke arah Cinta Sejati.

Bila peringkat ini semakin berkembang, perbezaan pendapat antara pasangan semakin kerap berlaku. Isu kecil pun boleh jadi konflik besar. Lebih buruk lagi suara dah mula tinggi , sindir menyindir, ayat dan perkataan terhadap pasangan dah mula kasar dalam berkomunikasi.

Kedua pihak mempertahankan pendapat masing-masing sehingga kadangkala ‘berperang’. Ada juga dari ‘berperang’ mulut sehingga menjadi penderaan fizikal oleh pasangan. Dalam kes ini selalunya wanita yang menjadi mangsa serangan/penderaan fizikal.

Perlu anda faham, dalam perhubungan jangka panjang antara anda dan pasangan, konflik yang besar(tak kiralah apa jenis konflik) akan berlaku kepada 99% pasangan!

Peringkat inilah juga wujud perasaan ingin memutuskan perhubungan. Pasangan yang dianggap Cinta Sejati tiba-tiba dianggap amat menyusahkan.

3) Peringkat Penilaian

Pasangan yang masih/mampu bertahan di peringkat sebelum ini akan mula berfikir dengan serius di peringkat ini. Setiap kekurangan, perbezaan sikap dalam diri sendiri dan pasangan secara semulajadi akan menjadi perhatian dan dikaji.

Soalan seperti, “Betul ke dia ni pasangan yang sesuai dengan aku?” akan mula terfikir. Kadangkala perhubungan kelihatan tenang tapi hakikatnya perhubungan berada seperti ‘telur di hujung tanduk’. Ramai juga pasangan pada peringkat ini dah mula ada ‘affair’ di luar perhubungan.

Bahayanya di peringkat ini, banyak perhubungan yang gagal!

Pasangan yang berada di peringkat ini perlu mempunyai sikap yang positif dan kemahiran dalam menguruskan konflik,perasaan sendiri dan pasangan serta hubungan. Perasaan perlu dikawal dengan ilmu dan emosi TIDAK boleh dibenarkan sama sekali mengambil tempat fikiran yang waras. Fokus yang tinggi bersama usaha KEDUA-DUA pasangan adalah amat penting.

Hanya dengan cara ini perhubungan dapat dikekalkan dan bergerak ke peringkat seterusnya.

4) Peringkat Kesedaran

Di peringkat ini, kedua pihak sudah mula merapatkan diri dan keinginan untuk meneruskan perhubungan sudah mula terbit.

Segala pengalaman yang telah dilalui,diharungi bersama menjadi satu pengajaran berguna. Konflik dan perbezaan pendapat masih juga berlaku tapi cara dan pendekatan penyelesaiannya sudah mula berbeza. Takde lagi ‘peperangan’.

Kedua pihak mula menggunakan peluang untuk menyelami dan mengenali dengan lebih dalam dan dekat pasangannya. Perbezaan diri masing-masing sudah mula diterima dengan baik dan positif.

Ini memulakan perhubungan yang jujur dan ikhlas membawa kepada perasaan puas dalam perhubungan di antara dua pihak. Perkongsian perasaan dan penerimaan akan keinginan yang berbeza antara pasangan mula berlaku dengan pantas. Mereka akan mula melihat pasangan sebagai diri sendiri.

5) Penerimaan

Peringkat terakhir yang membawa kepada perhubungan yang komited. Pakar merumuskan kurang 5% pasangan tiba di peringkat ini, penerimaan yang mutlak dalam perhubungan.

Di peringkat ini, setiap individu bertanggungjawab dalam tindakannya terhadap diri sendiri, pasangannya dan perhubungan. Dua jiwa menjadi satu. Bekerjasama dalam segala sudut yang diperlukan pasangan dan perhubungan. Konflik sekiranya berlaku(pasti berlaku kerana konflik adalah perkara biasa dalam sesebuah perhubungan) bukan lagi perkara yang merosakkan malah merapatkan lagi perhubungan dan kemanisan cinta.

Pengalaman peringkat-peringkat sebelum ini menjadikan hubungan amat matang dan kuat sehingga ke tahap;

Mereka kenal di antara satu sama lain dan faham keinginan serta apa yang diharapkan oleh pasangan tanpa perlu diberitahu!

Mereka bekerjasama, ‘team work’ untuk kekal harmoni dan tentu sekali menghormati hak pasangannya secara individu. Pendekkan cerita..inilah Cinta Sejati!

Kesimpulan

Ini adalah 5 peringkat kebanyakan pasangan lalui dalam proses perhubungan jangka panjang. Tidak semua pasangan akan lalui setiap peringkat dengan pasti mengikut turutan yang diterangkan tadi.

Anda perlu tau di tahap/peringkat mana perhubungan anda sekarang supaya anda dan pasangan boleh menentukan tindakan terbaik yang diperlukan untuk mencapai perhubungan yang berkekalan.

Perhubungan yang mencapai tahap Cinta Sejati memerlukan masa, ilmu, kesedaran, pengorbanan kedua-dua pihak dan usaha yang berterusan.

Cinta Sejati BUKAN berdasarkan fantasi seperti di peringkat pertama. Cinta Sejati adalah cinta yang “Berpijak di Bumi Nyata”.

Cinta anda?

Saturday, March 10, 2007

3 Lagi Rahsia Lelaki Setiap Wanita Mesti Tau!

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia ‘call’ maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak ‘call’ pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun ‘boring’ la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu ‘signal’ yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

Tuesday, January 2, 2007

3 Rahsia Lelaki Setiap Wanita Mesti Tau!

Dalam artikel kali ni, saya akan bagitau apa yang anda sebagai wanita MESTI tau tentang lelaki/kekasih anda supaya anda dapat memenangi hatinya dan menyuburkan cinta si dia kepada anda.

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan perhubungannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk siapkan kerja tersebut.

Kalau ada masalah besar yang sedang sahabatnya hadapi dan dia bantu berfikir untuk selesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantic.

Wanita pulak berbeza. Sekali dah terima seorang lelaki dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!

Dua perkara ni wanita rasa susah nak pisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada didepan mata. Masa kerja, tengah ‘meeting’..senang cakap selagi tak tidur!

2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak jer, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tau ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.

Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.

3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang dari kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang di usahakannya, bukan saja dari perhubungannya dengan anda.

Katalah dia buat sesuatu kerja kat pejabat tak siap lagi, atau apa jer dia tengah usahakan tak jadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega dan perasaan ini secara tak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.

Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia macam tak romantik, macam tak sayangkan anda atau rasa macam dia tak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.

Perlu anda faham, tak perlu mendapatkan cinta si dia dengan mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda di atas siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!


p/s: kalau kekasih anda mat rempit atau yang sewaktu dengannya..apa yang saya tulis di atas tu lupakan sajalah yer..sebab jenis-jenis macam ni memang terang-terang menjahanamkan anda sebagai wanita!